1. Adakah produk KHUKA asli dan berkualiti?
Ya. Produk KHUKA dipilih dengan teliti dan menggunakan bahan berkualiti. Setiap item mempunyai ciri semula jadi yang unik dari segi warna dan corak.
2. Mengapa warna dan corak produk berbeza daripada gambar?
Produk berasaskan bahan semula jadi akan mempunyai perbezaan warna, urat dan tekstur. Ini adalah normal dan menandakan keaslian produk.
3. Adakah produk KHUKA buatan tangan?
Sebahagian besar produk KHUKA adalah buatan tangan atau melalui kemasan manual, menjadikan setiap produk eksklusif dan tidak sama antara satu sama lain.
4. Adakah produk KHUKA sesuai untuk lelaki dan wanita?
Ya.Kebanyakan produk KHUKA bersifat unisex, bergantung kepada reka bentuk dan saiz pilihan pelanggan.
5. Bagaimana cara memilih saiz cincin yang betul?
Pelanggan disarankan:
-Mengukur lilit jari menggunakan pita pengukur
-Merujuk carta saiz cincin KHUKA
-Memilih saiz sedikit lebih besar jika ragu
6. Adakah produk KHUKA sesuai dijadikan hadiah?
Ya. Produk Khuka sangat sesuai dijadikan hadiah eksklusif untuk pelbagai majlis dan kegunaan.
7. Apakah saiz yang tersedia untuk produk KHUKA?
Saiz berbeza mengikut jenis produk. Untuk cincin, pelanggan boleh merujuk carta saiz yang disediakan. Bagi produk lain, ukuran akan dinyatakan pada halaman produk.
8. Adakah produk KHUKA sesuai untuk kegunaan harian?
Ya.Produk khuka sesuai untuk kegunaan harian dengan penjagaan yang betul dan mengikut panduan yang disarankan.
9. Bagaimana cara mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk?
Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui:
Halaman produk di laman web KHUKA
WhatsApp Rasmi KHUKA
Media Sosial Rasmi KHUKA
10. Bolehkah produk KHUKA dipulangkan atau ditukar?
Pulangan atau penukaran hanya dibenarkan jika terdapat defect atau kesilapan daripada pihak KHUKA dan tertakluk kepada polisi yang ditetapkan.
11.Adakah produk KHUKA mempunyai jaminan kualiti?
Produk KHUKA melalui pemeriksaan kualiti sebelum penghantaran. Perlindungan hanya merangkumi kerosakan semasa penghantaran dan tertakluk kepada terma & syarat.
12. Adakah produk KHUKA sesuai dipakai sepanjang hari?
Ya,bergantung pada jenis produk yang dipakai sepanjang hari dengan penjagaan yang betul dan mengelakkan aktiviti lasak.
13. Apakah berat anggaran produk KHUKA?
Berat produk bergantung kepada jenis dan saiz. Maklumat berat anggaran akan dinyatakan pada halaman produk bagi membantu pelanggan membuat pilihan yang selesa.
14. Adakah produk KHUKA selamat terkena air?
Produk KHUKA tidak digalakkan terkena air secara berlebihan. Pendedahan kepada air boleh menjejaskan permukaan dan ketahanan produk dalam jangka masa panjang.
15. Adakah produk KHUKA akan berubah warna dari semasa ke semasa?
Produk berasaskan bahan semula jadi mungkin mengalami perubahan warna secara perlahan. Ini adalah proses semula jadi dan tidak menjejaskan fungsi produk.
16. Adakah produk KHUKA sesuai untuk kulit sensitif?
Produk KHUKA sesuai untuk kebanyakan pengguna. Namun, individu yang mempunyai kulit sensitif disarankan memakai dalam tempoh singkat terlebih dahulu.
17. Apakah bahan utama yang digunakan dalam produk KHUKA?
Produk KHUKA menggunakan bahan semula jadi terpilih dan bahan sokongan berkualiti bagi memastikan ketahanan serta nilai estetik produk.
18. Adakah setiap produk KHUKA mempunyai bentuk dan kemasan yang sama?
Ya. Setiap produk mempunyai bentuk dan kemasan yang sama tetapi mempunyai cacat lubang dan serat semula jadi
19. Apakah jangka hayat penggunaan produk KHUKA?
Jangka hayat produk bergantung kepada cara penggunaan dan penjagaan. Dengan penjagaan yang betul, produk boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.
20. Adakah gambar produk di laman web mewakili produk sebenar?
Ya. Gambar diambil daripada produk sebenar. Namun, sedikit perbezaan warna mungkin berlaku disebabkan pencahayaan dan tetapan skrin.
21. Adakah produk KHUKA mudah tercalar atau rosak jika terjatuh?
Produk berasaskan bahan semula jadi memerlukan penjagaan rapi. Hentakan kuat atau jatuh boleh menyebabkan kerosakan
22. Adakah produk KHUKA sesuai digunakan dalam cuaca panas atau lembap?
Produk boleh digunakan dalam cuaca panas atau lembap, namun pendedahan berlebihan kepada peluh dan kelembapan tidak digalakkan.
23. Adakah produk KHUKA mempunyai bau kuat atau menyengat?
Tidak. Bau produk adalah bau semula jadi dan tidak menyengat.
24. Adakah produk KHUKA boleh dipakai bersama aksesori lain?
Ya. Produk KHUKA boleh digabungkan dengan aksesori lain mengikut gaya dan keselesaan pemakai.
25. Adakah produk KHUKA sesuai digunakan semasa bekerja atau bersukan?
Produk sesuai digunakan semasa bekerja biasa, namun tidak digalakkan semasa aktiviti sukan atau kerja berat.
26. Adakah produk KHUKA sesuai untuk dipakai ketika tidur?
Tidak digalakkan. Pelanggan disarankan menanggalkan produk sebelum tidur bagi mengelakkan tekanan, hentakan atau kerosakan tanpa disedari.
27. Adakah produk KHUKA sesuai dipakai ketika mandi atau berenang?
Tidak. Pendedahan kepada air, sabun, klorin atau air masin boleh menjejaskan ketahanan dan kemasan produk.
28. Bagaimana cara membersihkan produk KHUKA dengan betul?
Produk boleh dibersihkan dengan kain lembut dan kering. Elakkan penggunaan bahan kimia, air berlebihan atau berus kasar.
29. Adakah produk KHUKA sesuai untuk semua peringkat umur?
Produk KHUKA sesuai untuk orang dewasa. Penggunaan oleh kanak-kanak perlu berada di bawah pengawasan orang dewasa
30. Adakah produk KHUKA memerlukan tempat simpanan khas?
Tidak wajib, namun penyimpanan di tempat kering, bersih dan jauh dari cahaya matahari secara langsung adalah digalakkan.