1.Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
Kami menerima kaedah pembayaran berikut:
Kad Kredit / Debit (Visa & Mastercard)
FPX (Perbankan Dalam Talian)
2.Adakah pembayaran saya selamat?
Ya. Semua transaksi pembayaran diproses secara selamat dan dienkripsi melalui gerbang pembayaran kami. KHUKA tidak menyimpan sebarang maklumat kad kredit atau debit pelanggan dalam sistem kami.
3.Bagaimana jika berlaku masalah pembayaran seperti caj berganda (dibayar dua kali)?
Jika anda mengalami masalah pembayaran seperti caj berganda atau bayaran dibuat dua kali akibat gangguan sistem atau bug,jangan risau.
Sila hubungi pihak Khidmat Pelanggan KHUKA dengan segera dan sertakan bukti pembayaran (resit / tangkapan skrin transaksi). Pasukan kami akan membuat semakan dan bayaran lebihan akan dipulangkan atau diselaraskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Kami komited untuk memastikan setiap transaksi pelanggan adalah adil, selamat dan telus.
4. Bilakah pembayaran saya akan disahkan?
Pembayaran biasanya akan disahkan secara automatik sebaik sahaja transaksi berjaya. Sekiranya pembayaran mengambil masa untuk diproses, sila tunggu beberapa minit dan semak emel pengesahan anda.
5. Saya sudah membuat pembayaran tetapi status pesanan masih “Pending”. Apa perlu saya buat?
Sekiranya status pesanan masih Pending selepas pembayaran dibuat, sila hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA dan sertakan bukti pembayaran untuk semakan lanjut.
6. Bolehkah saya menukar kaedah pembayaran selepas membuat pesanan?
Buat masa ini, kaedah pembayaran tidak boleh ditukar selepas pesanan dibuat. Sekiranya terdapat sebarang isu, sila hubungi pihak Khidmat Pelanggan untuk bantuan.
7. Adakah saya akan menerima resit atau bukti pembayaran?
Ya. Resit atau emel pengesahan pesanan akan dihantar secara automatik selepas pembayaran berjaya. Sila semak folder Inbox, Spam atau Junk.
8. Pembayaran gagal tetapi amaun ditolak dari akaun. Apa yang perlu dilakukan?
Dalam kes tertentu, amaun tersebut akan dipulangkan secara automatik oleh pihak bank atau gerbang pembayaran dalam tempoh tertentu. Jika bayaran tidak dipulangkan selepas tempoh tersebut, sila hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA dengan bukti transaksi.
9. Adakah terdapat caj tambahan untuk kaedah pembayaran tertentu?
Tiada caj tambahan dikenakan oleh pihak KHUKA. Sebarang caj tambahan (jika ada) adalah tertakluk kepada terma pihak bank atau penyedia e-wallet.
10. Siapa yang boleh saya hubungi jika mempunyai masalah berkaitan pembayaran?
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan pembayaran, sila hubungi:
Khidmat Pelanggan KHUKA (WhatsApp)
Atau klik butang Chat di bahagian bawah kanan laman web
Pasukan kami sedia membantu anda.
11. Adakah pembayaran secara ansuran (installment) disediakan?
Buat masa ini, pembayaran secara ansuran tidak disediakan. Semua pembayaran perlu dibuat secara penuh semasa checkout.
12. Bolehkah saya membuat pembayaran bagi pihak orang lain?
Ya, anda boleh membuat pembayaran menggunakan akaun bank atau kad milik pihak lain, selagi pembayaran berjaya dan butiran pesanan adalah betul.
13. Adakah pembayaran boleh dibuat secara pindahan manual (bank transfer)?
Buat masa ini, pembayaran hanya diterima melalui kaedah yang disediakan di laman web semasa checkout. Pembayaran secara pindahan manual tidak disokong.
14. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tersalah memasukkan jumlah bayaran?
Sekiranya berlaku kesilapan jumlah bayaran, sila hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA dengan segera dan sertakan bukti transaksi untuk semakan lanjut.
15. Adakah pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun luar negara?
Pembayaran menggunakan kad kredit atau debit antarabangsa adalah tertakluk kepada kelulusan pihak bank dan polisi penyedia pembayaran.
16. Adakah had minimum atau maksimum untuk jumlah pembayaran?
Tiada had minimum atau maksimum yang ditetapkan oleh pihak KHUKA. Sebarang had adalah tertakluk kepada polisi pihak bank atau gerbang pembayaran.
17. Bagaimana jika saya menutup halaman pembayaran sebelum transaksi selesai?
Sekiranya transaksi tidak selesai, pembayaran tidak akan diproses. Anda boleh cuba membuat pembayaran semula melalui akaun anda atau hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA jika amaun telah ditolak.
18. Adakah pesanan saya akan diproses jika pembayaran belum berjaya?
Tidak. Pesanan hanya akan diproses selepas pembayaran berjaya disahkan.
19. Mengapa transaksi FPX saya gagal walaupun akaun mempunyai baki mencukupi?
Kegagalan transaksi FPX mungkin berlaku disebabkan gangguan sementara sistem bank, had transaksi harian, atau penyelenggaraan perbankan dalam talian. Sila cuba semula atau hubungi pihak bank anda.
20. Adakah saya perlu menyimpan bukti pembayaran?
Ya. Pelanggan dinasihatkan untuk menyimpan bukti pembayaran sehingga pesanan selesai diproses dan diterima sebagai rujukan sekiranya berlaku sebarang isu.
21. Bolehkah saya membuat pembayaran menggunakan peranti berbeza selepas checkout?
Ya. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan peranti lain selagi sesi pembayaran masih aktif dan belum tamat tempoh.
22. Berapa lama tempoh pembayaran sebelum pesanan dibatalkan secara automatik?
Sekiranya pembayaran tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan oleh sistem, pesanan akan dibatalkan secara automatik.
23. Siapa boleh dihubungi untuk isu pembayaran?
Khidmat Pelanggan KHUKA (WhatsApp) atau butang Chat di laman web.