Orders

1.Bagaimana cara membuat pesanan?


Kali pertama membeli di KHUKA? Kami sedia membantu dan memastikan pengalaman membeli-belah anda berjalan lancar. Ikuti langkah mudah di bawah untuk membuat pesanan:

1.Daftar sebagai ahli di laman web KHUKA.

2.Mulakan pembelian! Anda boleh mencari produk menggunakan ruang carian, atau layari koleksi kami dengan menekan menu SHOP. Produk terbaru boleh didapati di bahagian NEW ARRIVALS, dan anda juga boleh menapis carian mengikut kategori, saiz atau rekaan.

3.Setelah menemui produk yang diingini, pilih pilihan yang sesuai (contoh: saiz atau rekaan) dan tekan ADD TO CART.

4.Anda boleh memilih untuk Teruskan Membeli-belah atau menyemak item dalam troli dengan menekan View Cart & Checkout.

5.Jika sudah berpuas hati dengan pilihan anda, tekan PROCEED TO CHECKOUT untuk melengkapkan pesanan. Sekiranya anda mempunyai kod diskaun, masukkan pada ruangan yang disediakan sebelum membuat bayaran.

2. Bagaimana saya boleh menyemak status pesanan?
Anda boleh menyemak status pesanan dengan log masuk ke akaun KHUKA dan pergi ke bahagian My Orders. Status pesanan juga akan dikemas kini melalui emel.

3. Bolehkah saya membatalkan pesanan selepas membuat bayaran?
Pembatalan pesanan hanya boleh dibuat sebelum pesanan diproses atau dihantar. Sila hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA dengan segera untuk semakan lanjut.

4. Bolehkah saya mengubah butiran pesanan selepas checkout?
Perubahan seperti alamat penghantaran atau pilihan produk tidak digalakkan selepas checkout. Namun, anda boleh menghubungi pihak kami secepat mungkin untuk bantuan, tertakluk kepada status pesanan.

5. Berapa lama pesanan akan diproses?
Pesanan biasanya akan diproses dalam 1–3 hari bekerja (tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum).

6. Saya tidak menerima emel pengesahan pesanan. Apa perlu saya buat?
Selepas pesanan berjaya, emel pengesahan akan dihantar secara automatik.
Sila semak folder Spam atau Junk. Jika masih tiada, sila hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA.

7. Bolehkah saya membuat pesanan tanpa mendaftar akaun?
Buat masa ini, pelanggan digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli bagi memudahkan semakan pesanan dan urusan selepas jualan.

8. Bagaimana jika saya tersalah membuat pesanan?
Sekiranya berlaku kesilapan semasa membuat pesanan, sila hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA dengan segera untuk tindakan lanjut, tertakluk kepada status pesanan.

9. Bolehkah saya membuat lebih daripada satu pesanan pada masa yang sama?
Ya. Anda boleh membuat lebih daripada satu pesanan. Setiap pesanan akan diproses dan dihantar secara bersamaan.

10. Bolehkah saya menukar saiz atau rekaan selepas membuat pesanan?
Penukaran saiz atau rekaan hanya boleh dipertimbangkan sebelum pesanan diproses dan tertakluk kepada ketersediaan stok.

11. Bagaimana jika saya memasukkan alamat penghantaran yang salah?
Sila hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA dengan segera. Perubahan alamat hanya boleh dibuat sebelum pesanan dihantar.

12. Apakah status pesanan yang biasa dipaparkan?
Status pesanan mungkin termasuk:

  • Pending

  • Processing

  • Shipped

  • Completed

  • Cancelled

13. Adakah pesanan akan diproses pada hujung minggu atau cuti umum?
Pesanan akan diproses pada hari bekerja sahaja. Pesanan dibuat pada hujung minggu atau cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

14. Bolehkah saya membuat pesanan sebagai hadiah untuk orang lain?
Ya.kerana KHUKA menyediakan gift box

15. Siapa yang boleh saya hubungi untuk sebarang pertanyaan berkaitan pesanan?
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pesanan, sila hubungi:

  • Khidmat Pelanggan KHUKA (WhatsApp)

  • Atau klik butang Chat di bahagian bawah kanan laman web

Pasukan kami sedia membantu anda.

16. Bolehkah saya mengubah atau membatalkan pesanan jika status sudah “Processing”?
Perubahan atau pembatalan pesanan selepas status “Processing” adalah tertakluk kepada keadaan. Sila hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA dengan segera untuk semakan.

17. Apakah yang berlaku jika saya tidak membuat pembayaran selepas membuat pesanan?
Sekiranya pembayaran tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, pesanan akan dibatalkan secara automatik oleh sistem.

18. Adakah saya boleh melihat sejarah pesanan lama?
Ya. Anda boleh melihat semua sejarah pesanan dengan log masuk ke akaun KHUKA dan pergi ke bahagian My Orders.

19. Bagaimana jika item yang diterima tidak sama seperti yang dipesan?
Sila hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA dengan segera dan sertakan bukti (gambar/video). Pihak kami akan membuat semakan dan membantu proses seterusnya.

20. Bagaimana jika pesanan saya tidak lengkap atau ada item tertinggal?
Sekiranya terdapat item tertinggal atau tidak lengkap, sila hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA dalam tempoh yang ditetapkan bersama bukti penerimaan barang.

21. Bolehkah saya membuat pesanan untuk jumlah kuantiti yang banyak (bulk order)?
Ya. Untuk pesanan kuantiti besar atau pembelian borong, sila hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA untuk perbincangan lanjut.

22. Adakah terdapat had maksimum kuantiti bagi setiap pesanan?
Had kuantiti adalah tertakluk kepada ketersediaan stok dan polisi pembelian semasa

23. Bagaimana jika pesanan saya dibatalkan oleh sistem?
Pesanan boleh dibatalkan secara automatik sekiranya pembayaran tidak berjaya atau berlaku gangguan sistem. Anda boleh membuat pesanan semula atau hubungi Khidmat Pelanggan KHUKA untuk bantuan.

24. Bolehkah saya menambah item ke pesanan yang telah dibuat?
Item tidak boleh ditambah ke pesanan sedia ada. Anda perlu membuat pesanan baharu untuk item tambahan.