Defect & Error

1. Bagaimana jika produk mengalami kerosakan selepas penghantaran sampai?

Pihak KHUKA mengambil berat tentang kepuasan pelanggan. Jika produk mengalami kerosakan selepas diterima, sila ikuti langkah berikut:

Langkah 1: Semak Produk Sejurus Diterima.

    -Periksa keadaan produk sebaik sahaja penghantaran diterima


Langkah 2: Ambil Bukti Bergambar atau Video

   -Ambil gambar atau video yang jelas menunjukkan   kerosakan produk


Langkah 3: Hubungi Pihak KHUKA dalam Tempoh Ditetapkan

   -Hubungi pihak KHUKA dalam tempoh 24 jam selepas produk diterima

Sila hubungi melalui:

-WhatsApp Rasmi KHUKA

-Borang hubungi di laman web Khuka.com

-Media Social Khuka


Langkah 4: Semakan oleh Pihak KHUKA

-Pihak KHUKA akan membuat semakan ke atas aduan yang diterima

-Keputusan akan dimaklumkan selepas semakan dibuat


Langkah 5: Penggantian atau Penyelesaian

-Jika kerosakan disahkan berpunca daripada penghantaran

-Produk akan diganti atau Penyelesaian lain akan ditawarkan mengikut terma & syarat


2. Bagaimana jika saya menerima produk yang salah (model / saiz / kuantiti)?

  1. Jangan gunakan produk tersebut

  2. Ambil gambar produk yang diterima

  3. Semak butiran pesanan asal

  4. Hubungi KHUKA dalam tempoh 24 jam

  5. Pihak KHUKA akan membuat pembetulan


3. Adakah produk KHUKA mempunyai jaminan (warranty)?
  1. KHUKA tidak menawarkan jaminan jangka panjang

  2. Perlindungan hanya untuk kerosakan penghantaran

  3. Tertakluk kepada terma & syarat

  4. Keputusan KHUKA adalah muktamad

4. Apakah jenis kerosakan yang layak untuk penggantian atau tuntutan?

  1. Kerosakan berlaku semasa penghantaran

  2. Produk diterima dalam keadaan rosak

  3. Produk belum digunakan

  4. Bukti kerosakan disediakan

  5. Aduan dibuat dalam tempoh ditetapkan 

5.Apakah yang dimaksudkan dengan defect atau kerosakan produk?

  1. Defect merujuk kepada kerosakan fizikal pada produk

  2. Kerosakan berlaku sebelum produk digunakan

  3. Antara contoh defect:

    • Retak

    • Patah

    • Pecah

    • Kecacatan fizikal yang jelas

  4. Kerosakan mestilah wujud semasa produk diterima


6. Berapa tempoh masa untuk membuat aduan kerosakan selepas produk diterima?

  1. Aduan mesti dibuat dalam tempoh 24 jam

  2. Masa dikira dari tarikh & waktu penghantaran diterima

  3. Aduan selepas tempoh ini mungkin tidak diterima

  4. Pelanggan dinasihatkan membuat aduan segera

7. Adakah produk boleh dipulangkan jika tidak berpuas hati walaupun tiada defect?

  1. Produk tanpa defect tidak boleh dipulangkan

  2. Polisi ini bagi menjaga kebersihan & kualiti

  3. Pelanggan disarankan menyemak sebelum membeli

  4. Keputusan ini adalah muktamad


8. Bagaimana cara menghubungi KHUKA berkaitan isu defect & error?

  1. Hubungi melalui WhatsApp Rasmi KHUKA

  2. Isi Borang Hubungi di laman web

  3. Hantar mesej melalui Media Sosial Rasmi KHUKA

  4. Sertakan maklumat pesanan & bukti berkaitan

9.  Adakah perbezaan warna, corak atau tekstur dianggap sebagai defect?

Tidak. Produk KHUKA diperbuat daripada bahan semula jadi, maka perbezaan warna, corak dan tekstur adalah normal dan tidak dianggap sebagai defect.

10. Berapa lama proses semakan defect oleh pihak KHUKA?

Proses semakan biasanya mengambil masa:

  • 1 hingga 3 hari bekerja, bergantung kepada kelengkapan bukti dan jumlah aduan yang diterima.

11. Siapakah yang menanggung kos penghantaran untuk produk gantian?

  • Jika kerosakan berpunca daripada proses penghantaran, kos penghantaran akan ditanggung oleh pihak KHUKA.

  • Jika tuntutan tidak memenuhi syarat, kos penghantaran akan ditanggung oleh pelanggan.

12. Apakah situasi yang tidak termasuk dalam tuntutan defect?

Tuntutan tidak diterima jika:

  • Kerosakan akibat salah penggunaan

  • Produk telah digunakan

  • Kerosakan disebabkan air, bahan kimia atau hentakan

  • Kehausan biasa akibat penggunaan

13. Bolehkah pelanggan memilih pertukaran produk kepada model lain?

Penggantian adalah tertakluk kepada:

  • Ketersediaan stok

  • Persetujuan pihak KHUKA
    Pertukaran kepada model lain tidak dijamin dan bergantung kepada kes.

14. Adakah keputusan pihak KHUKA boleh dirayu?

Keputusan pihak KHUKA selepas semakan adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

15. Bagaimana jika produk rosak selepas digunakan beberapa hari?

Kerosakan selepas digunakan tidak termasuk dalam tuntutan defect, kecuali jika dibuktikan berpunca daripada kerosakan penghantaran.

16. Adakah tuntutan defect diterima jika bungkusan luar rosak tetapi produk di dalam masih elok?

Tidak. Tuntutan defect hanya diterima jika produk di dalam bungkusan mengalami kerosakan dan tidak boleh digunakan.

17. Apakah bukti minimum yang diperlukan untuk membuat tuntutan defect?

Pelanggan perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu gambar produk yang jelas menunjukkan kerosakan bersama bukti pembelian atau nombor pesanan.

18. Bolehkah pelanggan memilih pengembalian wang (refund) berbanding penggantian produk?

Pengembalian wang adalah tertakluk kepada kes tertentu dan budi bicara pihak KHUKA. Penggantian produk adalah penyelesaian utama.

19. Bagaimana jika stok produk gantian telah habis?

Jika stok produk gantian tiada, pihak KHUKA akan menawarkan penyelesaian alternatif yang sesuai mengikut situasi.

20. Adakah tuntutan defect boleh dibuat oleh wakil pembeli atau penerima hadiah?

Ya. Tuntutan boleh dibuat selagi bukti pembelian dan maklumat pesanan lengkap disertakan.

21. Adakah tuntutan defect diterima jika kerosakan berpunca daripada kurier?

Ya. Jika kerosakan disahkan berlaku semasa penghantaran oleh pihak kurier, tuntutan akan diproses mengikut polisi KHUKA.

22. Adakah produk perlu dipulangkan sebelum penggantian dibuat?

Bergantung kepada kes. Pihak KHUKA akan memaklumkan sama ada produk perlu dipulangkan atau tidak selepas semakan dibuat.

23. Apakah tindakan yang perlu dilakukan jika pelanggan gagal menghubungi KHUKA dalam tempoh 24 jam?

Aduan selepas tempoh ditetapkan mungkin tidak dipertimbangkan dan dianggap produk diterima dalam keadaan baik.

24. Adakah tuntutan defect boleh dibuat jika alamat penghantaran salah diisi oleh pelanggan?

Tidak. KHUKA tidak bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan akibat kesilapan maklumat penghantaran yang diberikan oleh pelanggan.

25. Bagaimana jika produk hilang semasa penghantaran?

Pihak KHUKA akan membantu membuat semakan dengan pihak kurier. Penyelesaian adalah tertakluk kepada keputusan siasatan kurier.

26. Adakah tuntutan defect diterima jika bungkusan dibuka oleh pihak lain sebelum diterima pelanggan?

Tidak digalakkan. Tuntutan mungkin tidak diterima jika produk telah dibuka atau digunakan sebelum diterima oleh pelanggan asal.

27. Bolehkah tuntutan defect dibuat untuk produk yang dibeli daripada pihak ketiga atau reseller tidak rasmi?

Tidak. Tuntutan defect hanya diterima untuk pembelian yang dibuat melalui saluran rasmi KHUKA.

28. Adakah pihak KHUKA bertanggungjawab atas kerosakan akibat penyimpanan yang tidak betul oleh pelanggan?

Tidak. Tanggungjawab penjagaan produk adalah di bawah pelanggan selepas produk diterima.

29. Adakah pihak KHUKA menyimpan rekod tuntutan defect pelanggan?

Ya. Semua tuntutan direkodkan untuk tujuan rujukan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan.

30. Adakah pelanggan boleh membuat lebih daripada satu tuntutan defect untuk pesanan yang sama?

Tuntutan berganda adalah tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak KHUKA.